global

Raja Salman arah tapis hadis

Oleh Reuters

RAJA Arab Saudi, Raja Salman, mengarahkan penubuhan agensi bagi mengawasi penggunaan hadis Nabi Muhammad SAW bagi mengelak ia digunakan untuk keganasan dan pengganas.

Menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan dan Maklumat negara itu hari ini, agensi berkenaan akan menghapuskan hadis palsu dan ekstrim yang bertentangan dengan ajaran Islam, termasuk yang ‘menghalalkan’ perlakuan jenayah, pembunuhan dan keganasan.

Ibu pejabat agensi itu di Madinah dan diselia majlis yang disertai ulama dari seluruh dunia.

Arahan Raja Salman itu menyatakan, agensi terbabit akan diketuai Sheikh Mohammed Hassan al-Sheikh, iaitu anggota Majlis Ulama Kanan Arab Saudi.

Militan Islam, termasuk Negara Islam (IS) dan al-Qaeda menggunakan hadis yang ditafsirkan secara menyimpang bagi ‘menghalalkan’ keganasan mereka serta menggalakkan pengikut melakukan serangan.

Menurut kementerian itu, agensi berkenaan akan menggunakan rujukan saintifik yang kukuh bagi menapis dan mengesahkan ketulenan hadis.

Disiarkan pada: October 18, 2017 @ 10:13pm
d