global

Lidah bengkak 'menyapu lantai'

Oleh Agensi

SEEKOR beruang di Myanmar menjalani pembedahan membuang bengkak pada lidahnya yang terlalu besar sehingga ‘menyapu lantai’ apabila merangkak.

Beruang berkenaan bersama adiknya, diselamatkan kuil Buddha ketika masih kecil daripada peniaga haram yang mahu menjual haiwan berkenaan ke China beberapa tahun lalu.

Selepas diselamatkan, beruang itu didapati menghidap penyakit tidak diketahui menyebabkan lidahnya bengkak.

Haiwan itu dibedah doktor haiwan tempatan pada 2016 bagi membuang bengkak berkenaan namun bengkak itu kembali muncul, malah bertambah besar.

Julai lalu, pakar dan doktor mendapati penyakit beruang itu bertambah serius lalu merancang satu lagi pembedahan.

Pakar dan doktor percaya bengkak pada lidah beruang itu disebabkan jangkitan bawaan nyamuk yang menyebabkan elephantiasis atau untut. Penyakit itu banyak dihidap penduduk Myanmar namun tidak pernah membabitkan beruang.

Pasukan pakar melakukan pembedahan selama empat jam bagi membuang tisu yang membengkak seberat lebih tiga kilogram.

dari United Kingdom diterbangkan ke Myanmar baru-baru ini, dan

Pasukan itu terdiri daripada pakar bedah haiwan Heather Bacon dari Pusat Pendidikan Kebajikan Haiwan Jeanne Marchig di Universiti Diraja Edinburgh, England; jururawat haiwan Caroline Nelson dari Pusat Menyelamat Beruang di Vietnam dan Romain Pizzi dari Pembedahan Antarabangsa Hidupan Liar. - Daily Mail

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 7:12pm
d