global

Cubaan bunuh pemimpin Hamas gagal

Oleh AFP

KETUA pasukan keselamatan Hamas di Semenanjung Gaza cedera dalam letupan keretanya hari ini, dalam kejadian yang dianggap Menteri Dalam Negeri Hamas sebagai cubaan membunuh.

“Tawfiq Abu Naim, ketua pengarah pasukan keselamatan dalaman, terselamat daripada cubaan membunuh selepas keretanya meletup di kem pelarian Nusseirat, tengah Gaza.

“Dia cedera yang tidak serius dan kini dirawat di hospital. Pasukan keselamatan sudah memulakan siasatan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab,” kata kenyataan kementerian itu.

Kejadian itu berlaku ketika Hamas dalam proses menyerahkan kuasa pentadbiran Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin yang diketuai Presiden Mahmud Abbas. Pihak Berkusa Palestin dijangka mentadbir Tebing Barat dan Gaza sepenuhnya mulai 1 Disember ini.

Disiarkan pada: October 27, 2017 @ 8:50pm
d