global

Jokowi jemput 8,000 tetamu

Oleh Agensi

Solo: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengundang kira-kira 8,000 tetamu ke majlis pernikahan puterinya, Kahiyang Ayu dan pasangannya, Bobby Nasution.

Jokowi berkata, dia menjemput tetamu termasuk dari pelbagai organisasi di seluruh negara ke majlis perkahwinan yang berlangsung di Solo pada 8 November depan.

“Semua senarai tetamu sudah selesai dan hanya tunggu untuk menghantar jemputan,” katanya dalam satu pertemuan dengan wartawan di kediamannya di sini, semalam.

Katanya, selepas upacara pernikahan di Solo, majlis diteruskan di pihak pengantin lelaki di Medan yang dijadualkan pada 24, 25 dan 26 November depan.

Difahamkan, majlis pernikahan di Solo mengikut adat Jawa manakala di Medan pula mengikut adat Mandailing.

Menurut Jokowi, Naib Presiden, Jusuf Kalla dan Menteri Ekonomi Indonesia, Darmin Nasution menjadi saksi pernikahan pasangan berkenaan.

Kahiyang Ayu, 26, adalah anak kedua daripada tiga beradik dan graduan Universiti Sebelas Maret Surakarta manakala Bobby anak seorang ahli perniagaan.

Mereka dipercayai berkenalan selepas belajar di universiti yang sama.

Disiarkan pada: October 30, 2017 @ 8:46am
d