global

Lucut kerakyatan 10 pengganas

Oleh Reuters

Dubai: Sebuah mahkamah di Bahrain semalam menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap 10 lelaki dan membatalkan kewarganegaraan mereka atas tuduhan membentuk kumpulan pengganas serta merancang serangan.

Pendakwa raya dalam satu kenyataan berkata, lelaki berkenaan didakwa menerima latihan di kem tentera di Iran dan Iraq dalam penggunaan senjata serta bom untuk menjalankan serangan pengganas di Bahrain.

Bahrain, negara kepulauan yang dihubungkan dengan Arab Saudi menerusi tambak sepanjang 25 kilometer, sangat penting kepada Barat memandangkan ia menjadi lokasi Armada Kelima Amerika Syarikat.

Isnin lalu, Pendakwaan Awam Bahrain berkata, ia menjatuhi hukuman penjara terhadap 19 defendan yang tidak dinamakan kerana mempunyai hubungan dengan parti yang disokong Teheran dan terbabit dalam serangan militan.

Bahrain mendakwa berdepan ancaman pengganas yang disokong musuhnya, Iran.

Pengkritik menuduh Bahrain menyekat pembangkang, namun dinafikan kerajaan.

Disiarkan pada: November 2, 2017 @ 7:57am
d