global

Sasar rekrut Muslim

Oleh Agensi

Washington: Seorang bekas pelatih Marin Amerika Syarikat (AS) dihukum penjara 10 tahun kerana menyasarkan dan mendera rekrut tentera beragama Islam termasuk mengarahkan mereka masuk ke dalam mesin pengering baju yang kemudian dihidupkan, malah kematian seorang anggota turut dikaitkan dengannya pada 2016.

Sarjan Joseph Felix didapati bersalah atas tuduhan menganiaya rekrut berkenaan ketika latihan asas di pangkalan Parris Island, Carolina Selatan.

Panel juri terdiri daripada lapan anggota tentera lelaki dan wanita mendapati, daripada enam pelatih, Felix - veteran Perang Iraq - yang bertanggungjawab mengarahkan serta terbabit dalam ‘ragging’ rekrut terbabit yang turut diejek menggunakan gelaran ‘pengganas.’

Dua daripadanya, Ameer Bourmeche dan Rekan Hawez memberi keterangan bahawa mereka diarahkan masuk ke dalam mesin pengering baju dengan satu kejadian melihat alat itu dihidupkan apabila enggan mengaku murtad.

Seorang daripadanya, Raheel Siddiqui meninggal dunia selepas terjun dari tingkat tiga bangunan pada Mac tahun lalu selepas didera berhari-hari berbanding yang tahap ‘ragging’ lazimnya dikenakan terhadap rekrut.

Kematian Raheel diisytiharkan akibat bunuh diri oleh Marin.

Peguam bela Leftenan Komander Daniel Bridges sebelum ini mendakwa Felix tidak tahu tiga rekrut terbabit beragama Islam.

Pada Oktober lalu keluarga mangsa memfailkan saman bernilai AS$100 juta (RM419 juta) terhadap Marin dengan mendakwa seorang penyelia yang tidak dinamakan menyebabkannya berlari menerusi pintu ke balkoni di tingkat tiga sebelum jatuh ke jalan di bawahnya.

Hukuman Felix termasuk diberhentikan daripada perkhidmatan Marin dengan rekod buruk dan jauh lebih teruk berbanding tujuh tahun dicadangkan pendakwa.

Disiarkan pada: November 12, 2017 @ 4:34am
d