global

Gagal jadi 'hero'

Oleh Agensi

Kerala (India): Malang bagi seorang remaja lelaki apabila cubaannya meniru aksi hero filem Tamil tidak menjadi selepas tidak sedarkan diri akibat terpelanting selepas ‘dicampak’ oleh seekor gajah.

Haiwan terbabit berang dengan perbuatan remaja itu yang cuba memanjat badannya menerusi belalai, seperti yang ditonton dalam satu babak filem Tamil bertajuk Baahubali.

Aksi remaja itu dirakam oleh rakannya melalui Facebook Live, namum belum sempat dia memanjat badan gajah terbabit, mangsa dihayun belalai haiwan itu hingga tercampak dan tergolek menyebabkannya pengsan.

Seorang penduduk berkata, gajah terbabit nyata ‘tidak berminat’ dengan tindakan remaja lelaki itu apabila dicampak seperti bola ke udara.

“Dia ditemui tidak sedarkan diri oleh rakannya yang merakam saat itu menggunakan kamera telefon bimbit.

“Sekumpulan remaja itu sedang bercuti. Mereka melihat ada seekor gajah di situ dan menyangka ada peluang untuk melakonkan semula aksi gila itu.

“Mereka membeli buah dari kedai berhampiran dan cuba menjinakkan gajah itu. Haiwan itu hanya menikmati buah yang diberi termasuk pisang segar,” katanya.

Penduduk menjelaskan, remaja terbabit menyangka taktik mereka berjaya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Ketika dia cuba memanjat melalui belalai gajah itu, haiwan terbabit marah dan mencampaknya ke udara. “Dia kemudian dibawa ke hospital berdekatan,” katanya.

Disiarkan pada: November 15, 2017 @ 9:58am
d