global

Detik terselamat daripada maut [VIDEO]

Oleh Agensi

HANYA beberapa sentimeter memisahkan seorang murid sekolah di Hanoi, Vietnam, daripada ajal kepalanya digilis lori selepas dia terjatuh bersama basikalnya di tepi jalan.

Dalam kejadian 3 November lalu, budak itu bersama seorang rakannya menunggang basilkal pulang dari sekolah dan ketika menaiki kaki lima jalan raya, budak berkenaan terjatuh bersama basikalnya.

Pada masa sama, sebuah lori hampir menggilis kepalanya yang berada di atas jalan raya,

Rakaman video menunjukkan budak itu menggerakkan tubuhnya manakala lori terbabit juga dilihat mengelak ke kiri menyebabkan ia hanya menggilis beg sandang mangsa namun budak itu terselamat.

Disiarkan pada: November 17, 2017 @ 7:16pm
d