global

50 korban serangan bom dalam masjid

Oleh AFP

SEKURANG-KURANGNYA 50 terbunuh selepas seorang penyerang bom nekad meletupkan dirinya dalam sebuah masjid di utara Nigeria, hari ini, serangan yang pihak berkuasa yakin dilakukan pemberontak Boko Haram.

Letupan itu berlaku ketika solat subuh di Masjid Madina di daerah Mubi, kira-kira 200 kilometer dari bandar utama negeri Adamawa, Yola.

"So far we have at least 50 dead from an attack at a mosque in Mubi,"

Jurucakap polis Adamawa, Othman Abubakar, berkata setakat ini 50 disahkan terbunuh dan sejumlah lagi cedera.

“Penyerang nekad bercampur dengan jemaah, memasuki masjid untuk solat subuh.

“Sebaik solat dimulakan, dia meletupkan dirinya.

“Kami belum ada suspek namun kita semua tahu siapa di belakang serangan ini,” katanya.

Pemberontak Bako Haram yang melancarkan serangan bersenjata sejak 2009 sudah menyebabkan sekurang-kurangnya 20,000 terbunuh dan lebuh 2.6 juta lagi kehilangan tempat tinggal.

Disiarkan pada: November 21, 2017 @ 7:37pm
d