global

Marin Amerika dipenjara seumur hidup

Oleh AFP

BEKAS tentera Marin Amerika Syarikat di Okinawa, Jepun, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup hari ini, kerana merogol dan membunuh wanita tempatan di pulau itu.

Kenneth Franklin Shinzato, 33, yang bertugas Pangkalan Udara Kadena, ditahan tahun llu kerana melupuskan mayat mangsa sebelum didakwa membunuh dan serangan seksual yang membawa kematian wanita terbabit.

Shinzato menafikan berniat membunuh Rina Shimabukuro namun mengaku menyerangya.

Pendakwaraya memberitahu Mahkamah Daerah Naha di Okinawa, tertuduh mencekik Rina dan menikam leher mangsa ketika melakukan serangan seksual itu di satu jalan raya.

Menurut laporan televisyen NHK dan akhbar Asahi Shimbun, mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup itu yang dituntut pendakwa.

Sejumlah kes jenayah, termasuk rogol, menyerang, langgar lari dan memandu dalam keadaan mabuk membabitkan tentera Amerika atau kakitangan pangkalan tentera mencetuskan bantahan kehadiran tentera Amerika di Okinawa.

Lebih separuh daripada 47,000 tentera Amerika di Jepun, ditempatkan di Okinawa, medan pertempuran utama ketika Perang Dunia Kedua dan Amerika menduduki pulau itu selama 27 tahun.

Disiarkan pada: December 1, 2017 @ 6:57pm
d