global

Shashi Kapoor meninggal dunia

Oleh Agensi

PELAKON veteran Bollywood, Shashi Kapoor, meninggal dunia pada usia 79 tahun hari ini, selepas dimasukkan ke hospital semalam, kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Menurut laporan Times of India, Pengarah Eksekutif Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani, Dr Ram Narain, berkata: “Shashi Kapoor meninggal dunia pada 5.20 petang, 4 Disember di Hospital Kokilaben.”

Menurutnya, pelakon itu mempunyai masalah buah pinggang dan menjalani dialisis sejak beberapa tahun lalu.

Shashi memulakan karier lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem arahan bapanya Prithviraj Kapoor pada 1948. Antara filem lakonannya yang terkenal ialah ‘Deewaar (1974), ‘Kabhi Kabhie’ (1975), 'Satyam Shivam Sundaram' (1978), 'Junoon' (1978), 'Shaan' (1980) dan Namak Halaal' (1982).

Pada 2011, beliau menerima anugerah Padma Bhushan oleh kerajaan India dan pada 2015, menjadi orang ketiga dalam keluarganya menerima Anugerah Dadasaheb Phalke.

Shashi berkahwin dengan pelakon British, Jennifer Kendal.

Disiarkan pada: December 4, 2017 @ 10:21pm
d