global

17 cedera ditembak tentera Israel

Oleh Reuters

SERAMAI 17 penduduk Palestin cedera akibat tembakan tentera Israel, ketika bantahan di beberapa kawasan di wilayah diduduki Israel, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Di Hebron dan Al-Bireh, Tebing Barat, ribuan penunjuk perasaan berhimpun sambil melaungkan ‘Baitulmaqdis ibu negara Palestin’.

Ada penunjuk perasaan melempar batu ke arah tentera Israel yang membalas dengan tembakan gas pemedih mata serta peluru getah.

Sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan cedera akibat tembakan peluru hidup manakala 15 lagi akibat peluru getah.

Di Semenanjung Gaza, ratusan penunjuk perasaan berkumpul dekat tembok sempadan Israel dan melempar batu ke arah tentera di seberang tembok.

Dua penunjuk perasaan cedera akibat tembakan peluru hidup dengan kritikal.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyeru mogok besar-besaran membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Disiarkan pada: December 7, 2017 @ 10:48pm
d