global

2 pelajar maut ditembak [VIDEO]

Oleh BERNAMA

DUA pelajar terbunuh dalam insiden tembakan di sekolah tinggi di New Mexico, barat laut Amerika Syarikat dan penyerang turut maut dalam kejadian itu.

Pegawai Polis New Mexico (NMSP), San Juan County pada satu sidang media berkata, identiti penyerang belum dikenal pasti dan hanya mendedahkan suspek adalah seorang lelaki.

Agensi berita Xinhua melaporkan, polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial kononnya ramai mangsa cedera dalam kejadian itu.

Polis masih menyiasat motif kejadian yang berlaku kira-kira 8 pagi, Khamis itu dan saksi kejadian diminta tampil memberikan maklumat.

Sekolah Tinggi Aztec terletak kira-kira 290 kilometer di barat laut Albuquerque, ibu negeri New Mexico.

Disiarkan pada: December 8, 2017 @ 11:38am
d