global

10 negara bincang pindah kedutaan

Oleh AFP

ISRAEL berurusan dengan sekurang-kurangnya sepuluh negara mengenai kemungkinan untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis selepas Amerika Syarikat (AS) mengiktirafnya sebagai ibu kota negara itu.

Timbalan Menteri Luarnya, Tzipi Hotovely berkata demikian sehari selepas Guatemala mengumumkan langkah mereka untuk memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis yang dikecam oleh Palestin sambil menyifatkannya sebagai “memalukan.”

“Kami berurusan dengan sekurang-kurangnya sepuluh negara, sebahagiannya di Eropah untuk membincangkan pemindahan itu,” katanya kepada radio tempatan.

Hotovely berkata, kenyataan Presiden Donald Trump akan “mencetuskan gelombang” tindakan seumpama itu.

“Setakat ini kita hanya melihat peringkat permulaan,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menyebut mana-mana negara tetapi radio memetik sumber diplomat Israel yang berkata, beberapa negara termasuk Honduras, Filipina, Romania dan Sudan Selatan sedang mempertimbangkan langkah itu.

Dua pertiga negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Khamis lalu, mengundi resolusi menolak langkah kontroversi Trump itu, menegaskan status Baitulmaqdis perlu diselesaikan menerusi rundingan.

Berita berkaitan:

Salah guna kuasa

Umat Islam ayuh bersatu

Isu Baitulmaqdis, ujian buat umat Islam

Langkah bahaya Trump

Hanya pada OIC

Trump melulu

Keputusan berdasarkan akta kedutaan Baitulmaqdis

Disiarkan pada: December 26, 2017 @ 12:56pm
d