global

Telan besi untuk tingkat zat besi!

Oleh Agensi

SEORANG wanita tua di Russia, menelan 152 objek besi, termasuk paku dan skru kerana menyangka ia boleh meningkatkan zat besi dalam tubuhnya.

Penemuan mengejutkan itu disedari kakitangan hospital di Ulan-Ude di Republik Semashko berhampiran sempadan Mongolia, melakukan imbasan X-ray terhadap wanita dikenali sebagai Nina, 74, selepas dia mengadu badannya panas.

Menurut Daily Mail, pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan semua objek itu, antaranya paku dan skru panjang, penahan pintu serta besi sekerap berukuran 15 sentimeter (sm).

Malah wanita itu yang turut menelan satu rantai perak, memberitahu doktor dia kekurangan darah dan kandungan zat besi dalam tubuhnya akan bertambah jika menelan besi.

Kakitangan hospital memberitahu media tempatan, Nina mula menelan besi sejak 14 tahun lalu.

Menurut doktor, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam perut atau tekaknya.

Disiarkan pada: December 26, 2017 @ 9:41pm
d