global

40 korban bom di Kabul

Oleh Agensi

SEKURANG-KURANGNYA 40 terbunuh dan 30 lagi cedera dalam serangan bom terhadap agensi berita Afghan Voice di Kabul, Afghanistan, hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, pengebom nekad dipercayai melakukan serangan berhampiran bangunan agensi berita terbabit dan pusat kebudayaan Teyban.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab namun Taliban menafikan pembabitannya.

Al-Jazeera yang memetik TOLO News melaporkan, menurut seorang saksi, aktivis berkumpulan dekat pusat kebudayaan itu untuk mesyuarat apabila bom diletupkan.

Jawatankuasa Keselamatan Wartawan (AJSC) yang mengutuk serangan itu, baru-baru ini menyatakan peningkatan serangan terhadap wartawan dan media dengan 73 kes pada 2017, meningkat 35 kes berbanding tahun lalu.

Mei lalu, IS menyerang bangunan stesen televisyen milik kerajaan di Jalalabad menyebabkan enam terbunuh.

Disiarkan pada: December 28, 2017 @ 4:19pm
d