global

Bom masjid waktu Subuh

Oleh Reuters

Abuja: Seorang penyerang berani mati meletupkan diri di dalam sebuah masjid ketika solat Subuh di timur laut Nigeria semalam menyebabkan 11 jemaah terbunuh, kata pegawai dan saksi.

Serangan berlaku di sebuah masjid di bandar Gamboru di negeri Borno berhampiran sempadan Cameroon lokasi aktif pemberontak Boko Haram.

“Saya dalam perjalanan untuk solat Subuh sebelum mendengar bunyi kuat di dalam masjid.

“Saya lihat masjid itu musnah dan terbakar,” kata seorang pekerja bantuan, Ali Mustapha.

Katanya, beberapa jam selepas serangan, 21 mayat termasuk mayat penyerang dikeluarkan dari runtuhan masjid.

Beberapa gambar selepas serangan menunjukkan mayat mangsa disusun di tanah dalam keadaan tidak bertutup.

Bangunan masjid itu juga musnah dengan beberapa bahagian dinding yang kelihatan masih berdiri.

Disiarkan pada: January 4, 2018 @ 9:03am
d