global

Remaja bunuh anak dengan gunting

Oleh Agensi

TERTEKAN kerana hamil akibat hubungan terlarang, seorang remaja 18 tahun menikam hingga mati bayi yang dilahirkannya dalam bilik air sebuah hospital di Banyumas, Jawa Tengah, semalam.

Remaja itu mengadu sakit perut dan dibawa keluarganya ke Rumah Sakit Islam Purwokerto Barat, Banyumas, kira-kira 4 petang.

Menurut laporan Tribun News, remaja itu enggan membenarkan doktor memeriksa perutnya dengan alasan amat sakit jika dipegang.

Doktor menyarankan remaja itu ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pada jam 6 petang, remaja itu masuk ke bilik air dan meminta gunting dan bapanya memberi gunting itu tanpa rasa syak kerana tidak mengetahui anaknya hamil.

Ketua Polis Banyumas, Bambang Yudantara Salamun, berkata apabila anaknya berada terlalu lama dalam bilik air, bapanya membuka pintu dan terkejut melihat kaki bayi yang berlumuran darah.

Menurutnya, remaja itu memotong tali pusat bayi dilahirkannya sebelum menikam dada anaknya berkali-kali.

Bambang berkata, pemeriksaan menemui 11 kesan tikaman di dada dan lebam di pipi kanan bayi terbabit.

Remaja itu mengaku menjalin hubungan dengan lelaki yang kemudian ditahan polis.

Disiarkan pada: January 24, 2018 @ 8:04pm
d