global

Demi swafoto, mati pun tak mengapa

Oleh Daily Mail

SEORANG lelaki terakam detik ngeri dilanggar kereta api selepas cuba mengambil video ketika kenderaan itu semakin menghampirinya.

Lelaki dikenali sebagai Shiva itu dilihat berdiri berhampiran landasan kereta api di Lingampally, Hyderabad, India, sambil tersenyum ke arah telefon bimbitnya.

Keterujaannya merakam video memakan diri apabila kereta api itu melanggarnya dari belakang menyebabkan dia tercampak sebelum rakaman itu terhenti.

Menerusi rakaman itu, kereta api didengari memberi isyarat amaran apabila semakin menghampiri Shiva yang kemudian selamba ‘menadah’ tangan kanannya.

Seseorang turut didengari memberi amaran tetapi Shiva tidak mengendahnya malah berkata ‘tunggu’ semata-mata untuk meneruskan rakaman.

Selepas rakaman itu terhenti, kedengaran bunyi orang ramai bergegas ke tempat kejadian.

Menurut NDTV, kira-kira 60 peratus kematian berpunca daripada swafoto di dunia antara Mac 2014 hingga September 2016 berlaku di India.

Disiarkan pada: January 25, 2018 @ 5:55pm
d