global

206 syarikat bantu 'penjajahan' Tebing Barat

Oleh Reuters

PERTUBUHAN hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah mengenal pasti 206 syarikat yang berurusan dengan penempatan Israel di Tebing Barat yang menyebabkan kesan buruk kepada penduduk Palestin.

Laporan senarai syarikat terbabit bagaimanapun, dianggap sensitif kerana boleh menyebabkan syarikat berkenaan menjadi sasaran boikot.

Pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat yang diduduki Israel tidak diiktiraf PBB yang mengklasifikasikannya sebagai penempatan haram.

Menurut kenyataan pertubuhan itu, majoriti syarikat terbabit atau sebanyak 143 syarikat berada di Israel atau di kawasan penempatan haram, 22 syarikat lagi dari Amerika Syarikat dan baki 19 syarikat dari negara lain.

Disiarkan pada: January 31, 2018 @ 9:52pm
d