global

17 maut dihempap sampah

Oleh Reuters

SEKURANG kurangnya 17 maut dan beberapa lagi cedera selepas timbunan sampah setinggi 15 meter runtuh akibat hujan lebat dan menimbus tujuh rumah di Hulene, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku 3 pagi (waktu tempatan) di kawasan kejiranan miskin terbabit terletak kira-kira 10 kilometer dari tengah Maputo.

Pegawai berkata, semua rumah terbabit dalam bencana itu dibina secara haram dan pihak berkuasa sebelum ini pernah mengarahkan mereka berpindah.

“Sehingga kini 17 mayat ditemui. Kami bimbang ramai lagi mangsa masih hilang jadi kami terus mencari mereka yang dipercayai ditimbus timbunan sampah terbabit,” kata kounselor Daerah Ka Mavota, Despedida Rita.

Harga tanah yang mahal di kebanyakan bandar utama di Afrika menyebabkan ramai penduduk menjadi setinggan dengan membina rumah secara haram.

Ramai penduduk memilih membina rumah di kawasan yang tidak selamat termasuk berhampiran kawasan pembuangan sampah kerana tidak mahu dihalau pemilik tanah.

Disiarkan pada: February 19, 2018 @ 9:37pm
d