global

Hilang nyawa dek luapan nafsu

Oleh Daily Mail

KERANA mempertahankan maruah, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mati dibunuh kejam oleh penyerang cuba merogolnya dalam kejadian di Madhya Pradesh, India.

Dia dikatakan bergelut dengan penyerangnya namun dibunuh menggunakan senjata tajam sebelum mayatnya ditinggalkan di padang.

Penduduk kampung menyedari kehadiran polis di situ mula mengerumi tempat kejadian untuk melihat mayat pembunuhan kejam itu.

Mayat kemudian dibawa ke hospital daerah Panna untuk bedah siasat.

Berdasarkan bedah siasat dilakukan, mangsa diseksa teruk dengan dicekik, ditikam dan dikelar leher.

Malah matanya juga terjojol keluar.

Keluarganya mendakwa penyerang bertindak demikian kerana gagal untuk merogolnya, lapor Daily Bhaskar.

Sehingga kini polis masih lagi mencari pembunuh terbabit kes itu.

Disiarkan pada: March 2, 2018 @ 6:26pm
d