global

38 maut bas terjun tebing

Oleh AFP

TIGA puluh lapan orang maut selepas bas dinaiki terbabas dan terjun dari tebing di utara Habsyah, kata media kerajaan, semalam.

Fana Broadcast Corporate melaporkan, dalam nahas antara pekan Dessie dan Mekane Selam itu, 28 lelaki dan 10 wanita maut.

“Sepuluh penumpang terselamat tetapi ada antara mereka mengalami kecederaan serius.”

Sementara itu, jurucakap daerah Amhara, Nigussu Tilahun mengesahkan kejadian yang berlaku pada Isnin itu.

Disiarkan pada: March 13, 2018 @ 7:58pm
d