global

Trump pilih Larry Kudlow sebagai penasihat

Oleh AFP

Washington: Selepas memecat Rex W Tillerson sebagai Setiausaha Negara, diganti dengan Pengarah CIA Mike Pompeo, Presiden Donald Trump memilih Larry Kudlow sebagai penasihat ekonomi utamanya.

Kudlow, pakar perniagaan TV konservatif, memberitahu Wall Street Journal, Trump menawarkan tugas sebagai Pengarah Majlis Ekonomi Negara kepadanya.

“Saya menerimanya dan ia adalah penghormatan besar,” kata Kudlow.

Kudlow bekerja dengan stesen CNBC sebagai pengulas.

Kudlow dikenali sebagai penyokong pasaran bebas dan pernah mengkritik keputusan Trump mengenakan tarif terhadap import keluli dan aluminium.

Beliau akan menggantikan Gary Cohn yang meninggalkan Rumah Putih sebagai protes terhadap tarif dikenakan Trump.

Disiarkan pada: March 16, 2018 @ 10:32am
d