global

Empat maut hotel terbakar

Manila: Empat dilaporkan maut dan sekurang-kurangnya 19 orang disyaki terperangkap dalam kebakaran besar kompleks hotel dan kasino Waterfront Manila Pavilion.

Pasukan penyelamat menggunakan helikopter bagi menyelamatkan mangsa yang naik ke atas bumbung.

Dua mangsa yang maut ialah pekerja hotel dan api dipercayai bermula di aras kasino bangunan setinggi 21 tingkat itu. - AFP

Disiarkan pada: March 19, 2018 @ 10:10am
d