global

Kebakaran hutan ancam Victoria

Sydney: Penduduk di negeri Victoria terpaksa berlindung dalam stadium bola keranjang dan pusat komuniti semalam akibat kebakaran hutan ketika cuaca kering dan panas serta berangin yang mengancam seluruh tenggara Australia.

Kebakaran bermula petang kelmarin dan tidak dapat dikawal di barat daya Victoria dengan amaran kecemasan dikeluarkan kepada semua lebih 45 bandar menjelang jam 11.30 pagi waktu tempatan semalam.

Cuaca dijangka berterusan membawa kebakaran ke tahap lebih bahaya.

“Empat hartanah terjejas setakat ini tetapi bilangan mungkin berubah,” katanya.

Beberapa jalan raya ditutup dengan penduduk diminta berlindung di tempat mereka berada kerana terlalu bahaya jika terperangkap dalam kebakaran di kawasan terbuka atau menggunakan jalan raya ketika asap tebal.

Enam pusat kebajikan dibuka setakat ini, termasuk Stadium Bola Keranjang Ark dan Pusat Persembahan Seni di Hamilton.

Biro Ramalan Cuaca memberi amaran kebakaran lebih teruk hari ini di barat daya dan tengah negeri paling ramai penduduk di Australia, dengan suhu 25 darjah Celsius selain angin kering dan kencang menyebabkan cuaca menyemarakkan api. – Reuters

Disiarkan pada: March 19, 2018 @ 10:11am
d