global

Sekutu tentera Turki rompak Afrin

Oleh AFP

Afrin (Syria): Pemimpin kumpulan penentang Syria dan Kurdish mengutuk tindakan tentera Turki dan sekutunya mencuri barangan penduduk dan harta awam di Afrin selepas menawan bandar itu.

Tentera Turki bersama sekutunya dari Syria, memasuki hingga ke tengah bandar Afrin semalam, selepas gerila Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) berundur.

Menurut AFP, wartawannya dan pemerhati perang di bandar itu melihat anggota bersenjata Syria yang disokong Turki menggeledah rumah dan kedai.

Mereka mencuri peralatan elektronik, selimut, makanan dan barangan lain yang dimuat ke dalam kereta atau lori kecik.

Pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Syria juga menyatakan sekutu tentera Turki menggeledah harta persendirian, pejabat politik, kedai dan kemudahan tentera.

Disiarkan pada: March 20, 2018 @ 3:11am
d