global

13 maut blok pangsapuri terbakar

Oleh Reuters

HANOI : Seramai 13 orang disahkan maut manakala 27 lagi cedera apabila blok pangsapuri didiami mereka terbakar, awal pagi tadi, hari ini.

Seorang pegawai bomba yang enggan dikenali berkata, punca kebakaran blok pangsapuri Plaza Carina di Vo Van Kiet Street itu masih dalam siasatan.

Menurut beliau, kebanyakan mangsa meninggal dunia selepas lemas akibat terhidu asap tetapi siasatan mendapati terdapat beberapa mangsa yang maut kerana melompat dari aras tinggi bangunan.

“Semua mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil dan pihak kami masih menjalankan misi memeriksa seluruh premis untuk memastikan tiada siapa terperangkap,” katanya.

Kebakaran itu bermula pada jam 1 pagi waktu tempatan di bahagian bawah tanah dan merebak dengan begitu cepat.

“Kami menggunakan khidmat lebih 30 jentera dan 200 anggota bomba sebelum berjaya memadamkan api dalam tempoh sejam,” katanya.

Agensi Berita Vietnam melaporkan, blok bangunan berusia enam tahun itu menempatkan 736 pangsapuri berbeza.

Disiarkan pada: March 23, 2018 @ 2:39pm
d