global

Maut dirodok tanduk lembu [VIDEO]

Oleh Daily Mail

Cadiz : Seorang lelaki maut akibat ditanduk lembu jantan ketika menyertai festival larian lembu di barat daya Sepanyol, semalam.

Satu rakaman video yang tular di Internet menunjukkan mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an ditanduk dan dipijak serta beberapa kali dilambung lembu berkenaan ke dinding.

Berpuluh-puluh peserta menyertai acara tahunan berkenaan yang diadakan sejak 1784 sempena perayaan Easter Sunday di Arcos de la Frontera, Cadiz, Andalusia.

Dalam video berkenaan, lembu jantan berkenaan mengejar seorang lelaki yang memakai baju merah di satu lorong sempit.

Apabila lelaki itu berjaya mengelak daripada dikejar, lembu berkenaan terus menyerang mangsa yang memakai baju berwarna kuning.

Mangsa yang cedera parah segera dikejarkan ke hospital tetapi dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat.

Disiarkan pada: April 2, 2018 @ 10:22pm
d