global

Kabel 0.9m 'garu' uretra

Oleh Daily Mail

Beijing: Doktor di China mengeluarkan kabel telefon sepanjang 0.9 meter dari zakar seorang lelaki warga emas menggunakan teknologi laser selepas dimasukkan ke organ itu untuk ‘menggaru’ uretranya.

Pesakit berusia 60 tahun itu dilaporkan mengalami gatal-gatal akibat radang prostat dialaminya. Malangnya hujung kabel itu tersimpul di dalam pundi kencingnya seterusnya menyebabkan pendarahan apabila dia cuba mengeluarkannya.

Kankan News melaporkan lelaki itu mendapat rawatan pada 30 Mac lalu dan pakar urologi Dr Gao Zhanfeng mendapati kabel itu tersimpul di dalam pundi kencingnya selepas membuat imbasan X-ray.

“Simpulan itu menjadi ketat apabila pesakit cuba mengeluarkannya menyebabkan pendarahan berlaku pada pundi kencing,” kata Dr Gao.

Ketika wartawan bertanya kepada lelaki terbabit sama ada dia mensterilkan kabel itu sebelum memasukkannya dia menjawab: “Saya hanya cuci menggunakan air.”

Dr Gao berkata, nasib baik dia tidak memasukkan sebarang logam atau bahan keras, kerana boleh menyebabkan kecederaan lebih teruk terhadap pundi kencingnya.

Sementara itu, lelaki terbabit memberitahu akan mengambil kejadian ini sebagai pengajaran dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Disiarkan pada: April 8, 2018 @ 4:33am
d