global

Bunuh bapa, nenek kuat membebel

Oleh Agensi

LELAKI ditahan kerana membunuh lima orang termasuk ahli keluarga disebabkan tidak tahan dibebel nenek dan ayahnya di Kagoshima, Jepun, lapor media tempatan.

Tomohiro Iwakura, 38, yang juga bekas anggota Pasukan Pertahanan Diri (SDF) itu mengaku membunuh keluarganya dengan dua mayat iaitu bapanya, Masatomo, 68, serta neneknya Hisako, 89, ditemui di atas gunung di Kagoshima, Ahad lalu lapor Japan Today.

Tiga lagi mangsa, rakan Iwakura Hiroyuki Goto, 47, dan dua ibu saudaranya Takako Iwakura, 69 serta Kuniko Sakaguchi, 72, ditemui di apartmen Iwakura sehari sebelumnya.

Japan Times memetik polis berkata, Iwakura mengaku membunuh bapa dan neneknya di kediamannya sebelum meninggalkan mayat mereka di dalam hutan di atas gunung, kira-kira 400 meter dari rumah itu.

Jiji Press Goto dan dua ibu saudara Iwakura pula dibunuh ketika datang memeriksa keadaan dengan ditemani Goto selepas gagal menghubungi Masatomo serta Hisako selama beberapa hari.

Semua mangsa dipercayai dicekik sampai mati. Iwakura ditahan pada Sabtu lalu.

Disiarkan pada: April 10, 2018 @ 6:51pm
d