global

Zuckerberg jawab soalan, nilai naik RM12 bilion

Oleh Time Inc

NILAI bersih Mark Zuckerberg meningkat lebih AS$3 bilion (RM12 bilion) ketika Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc itu berdepan Kongres Amerika Syarikat bagi menjawab soalan berhubung kebocoran maklumat peribadi oleh Cambridge Analytica.

Menurut Time, testimoni pada Selasa kepada ahli Jawatankuasa Kehakiman Senat itu tidak menghalang pelabur dan saham Facebook meningkat 4.5 peratus kepada AS$165 (RM638.47) berbanding AS$157.93 (RM611.11) pada hari sebelum itu.

Peningkatan itu juga adalah keuntungan harian paling ketara bagi Facebook dalam masa dua tahun.

Secara keseluruhan nilai Facebook bertambah AS$21 bilion (RM81.26 bilion) kepada AS$479.4 bilion (RM1.86 trilion).

Menurut pemfailan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan (SEC) pada 2017, Zuckerberg memiliki 462,279,324 saham Facebook. Beliau memperoleh AS$3,286,805 (RM12,718,291.95) pada penutupan pasaran semalam.

Nilai bersih semasa beliau ialah kira-kira $64 bilion (RM247.65 bilion), menurut Bloomberg. Jumlah itu turun berbanding $79.5 bilion (RM307.63 bilion) pada Februari.

Berita berkaitan

'Kesilapan saya' - Zuckerberg

87 juta maklumat FB bocor

Zuckerberg bakal hadapi Kongres AS

Terjebak

Cara muat turun data Facebook

Mark Zuckerberg mohon maaf, cukupkah?

Kongres desak Mark Zuckerberg beri penjelasan

Disiarkan pada: April 11, 2018 @ 11:25am
d