global

Pesawat tentera terhempas [VIDEO]

Oleh Agensi

SEKURANG-KURANGNYA 100 maut dalam nahas pesawat tentera di Algeria, hari ini, kata media tempatan.

Laman web tempatan TSA berkata, 105 orang dikhuatiri maut, memetik apa yang dikatakan angka sementara diberi perkhidmatan awam.

Satu kenyataan Kementerian Pertahanan mengesahkan nahas itu namun tidak memberi jumlah mangsa dalam insiden yang berlaku berhampiran pangkalan udara Boufarik.

Menurut jurugambar AFP di tempat kejadian, asap hitam dari bangkai pesawat dilihat berhampiran padang dekat pangkalan udara terbabit.

Ratusan ambulans dan puluhan jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Pesawat terhempas dikenal pasti jenis Ilyushin II-76, kata sumber tentera kepada AFP.

Disiarkan pada: April 11, 2018 @ 7:01pm
d