global

Berpuasa tapi rogol dan bunuh budak...

Oleh Agensi

SEORANG warga emas dihukum mati selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan merogol dan membunuh budak perempuan berusia lima tahun di Shangla, Swat

Mahkamah antikeganasan di Gul Kada, Swat, mengarahkan lelaki itu dikenali sebagai Jumaraz turut didenda 600,000 rupee (RM20,000) selain diperintahkan membayar pampasan 200,000 rupee (RM6,700) kepada keluarga mangsa.

Menurut laporan Express Tribune, Jumaraz warga emas tetapi tidak menyatakan berapa usianya. Dia juga dilaporkan sedang berpuasa ketika melakukan jenayah kejam itu.

Samaa TV melaporkan pegawai pendakwa, Saeed Naeem, berkata, Jumaraz melihat mangsa, Madeha ketika kanak-kanak itu berjalan ke kedai dan mengheretnya ke dalam kawasan rumahnya sebelum merogolnya dengan kejam.

Menurut portal berita MenaFN, selepas membunuh mangsa, Jumaraz menyumbat mayat mangsa dalam guni sebelum mencampaknya ke dalam kolam.

Sementara itu bapa mangsa berkata dia sekeluarga berpuas hati dengan hukuman itu dan berharap tertuduh dihukum gantung di khalayak ramai sebagai pengajaran untuk semua.

Disiarkan pada: April 15, 2018 @ 3:06pm
d