global

500 kena pindah gempa bumi Jawa Tengah

Oleh Agensi

Jakarta: Sekurang-kurangnya seorang dilaporkan terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas gempa bumi dengan kekuatan 4.4 magnitud melanda wilayah Jawa Tengah di Indonesia petang tadi, kata Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan.

Menurut jurucakap agensi itu, Sutopo Nugroho menerusi akaun Facebooknya memberitahu, kejadian tengah hari itu menyebabkan kira-kira 500 penduduk dipindahkan.

Channel NewsAsia melaporkan, banyak bangunan termasuk rumah, sekolah dan masjid juga dilaporkan rosak atau runtuh.

“Gempa itu dikesan pada kedalaman empat kilometer, manakala pusat gempa pula terletak 52 kilometer di utara daerah Kebumen,” katanya.

Selain itu, beberapa rumah, sebuah sekolah dan masjid turut dilaporkan rosak, dengan beberapa penduduk cedera dihempap serpihan yang runtuh.

Disiarkan pada: April 18, 2018 @ 9:29pm
d