global

Manusia tertua meninggal dunia

Oleh AFP

WANITA Jepun berusia 117 tahun yang dipercayai manusia tertua dunia, Nabi Tajima dilaporkan meninggal dunia malam semalam.

Jurucakap kesihatan dan kebajikan, Susumu Yoshiyuki berkata, wanita yang dilahirkan pada 4 Ogos 1900 itu meninggal dunia di tempat asalnya di Pulau Kikai, Kagoshima kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan).

“Tajima tinggal di pusat jagaan orang tua. Pada Januari lalu, keadaannya semakin lemah sebelum dibawa ke hospital. Dia meninggal di sini disebabkan usianya yang semakin uzur,” kata Yoshiyuki kepada AFP.

Media tempatan melaporkan, Tajima yang dinobatkan wanita tertua Jepun pada September 2015, mungkin menjadi manusia tertua dunia menggantikan Violet Brown of Jamaica yang meninggal dunia pada September 2017 pada usia 117 tahun.

Sejak kematian Brown, Rekod Dunia Guinness menyiasat untuk mencari individu paling tua di dunia namun sehingga kini masih belum memberi pengiktirafan kepada Tajima.

Pada 10 April lalu, organisasi itu menobatkan Masazo Nonaka sebagai lelaki tertua dunia pada usia 112 tahun.

Disiarkan pada: April 22, 2018 @ 2:40pm
d