global

Penembak bogel serang restoran

Oleh Agensi

PENYERANG bogel menembak mati sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan empat yang lain di sebuah restoran di pinggir Nashville, Tennessee, Washington, awal pagi tadi, lapor media tempatan.

Sky News memetik Jabatan Polis Metropolitan Nashville berkata dalam kenyataan, kejadian berlaku di Waffle House di Antioch, pada 3.25 pagi (waktu tempatan) apabila lelaki kulit putih itu masuk ke restoran berkenaan dan melepaskan kot dipakainya tanpa memakai pakaian lain.

Dia kemudian mula melepaskan tembakan menggunakan senjata AR-15. Seorang pelanggan berjaya merampas raifal itu sebelum suspek melarikan diri.

Menurut portal berita KVUE, polis memburu Travis Reinking, 29, pemilik kereta digunakan penembak berkenaan untuk membantu siasatan. - Agensi

Disiarkan pada: April 22, 2018 @ 8:12pm
d