global

Bill Cosby bersalah lakukan serangan seksual

Oleh AFP

IKON televisyen, Bill Cosby didapati bersalah melakukan serangan seksual oleh mahkamah di sini semalam, dalam perbicaraan semula yang dianggap satu keadilan oleh berpuluh mangsanya.

Cosby yang kini sudah berusia 80 tahun dan uzur, boleh menghabiskan sisa hidup di sebalik tirai besi selepas disabitkan dengan kesalahan memberi dadah serta mencabul Andrea Constant di kediaman mewahnya di Philadelphia pada Januari 2004.

Constant turut berada dalam ruang mahkamah yang sesak dengan orang ramai ketika hukuman dibacakan.

Sabitan jenayah dan kemungkinan untuk dijatuhkan hukuman penjara adalah satu perkara yang amat menyedihkan untuk Cosby, satu ketika dulu dianggap figura berpengaruh dalam budaya abad ke-20 Amerika selepas muncul sebagai aktor kulit hitam pertama menghiasi waktu puncak siaran televisyen negara itu.

Perbicaraan pertama Cosby berakhir tanpa sebarang keputusan Jun tahun lalu.

Namun begitu semalam, jjuri baru yang bersidang lebih dari 14 jam untuk dua hari mendapati beliau bersalah untuk kesemua tiga tuduhan serangan seksual ketika Constant berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Setiap tuduhan itu membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun.

Disiarkan pada: April 27, 2018 @ 4:11am
d