global

Kanye West buat hal lagi...

Oleh AFP

PENYANYI rap, Kanye West yang sebelum ini dikritik hebat kerana menyokong Presiden Donald Trump, sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dilaporkan berkata perhambaan adalah satu pilihan.

West yang tidak pernah ragu-ragu ketika menyuarakan pandangannya didakwa berkata demikian dalam satu temubual bagi mempromosikan album terbaharunya.

“Anda mendengar cerita mengenai perhambaan selama 400 tahun. 400 tahun? Itu menunjukkan ia adalah satu pilihan,” katanya kepada TMZ Live iaitu saluran penyiaran laman web berkenaan gosip golongan selebriti.

Walaupun West ada mengulas sedikit mengenai kenyataannya itu, namun pandangan itu dianggap tidak selari dengan latar belakang sebagai seorang artis keturunan Afrika Amerika.

Artis berusia 40 tahun yang juga suami kepada bintang realiti televisyen Kim Kardashian itu, muncul kembali dalam khalayak selepas berehat selama setahun kerana dikatakan berdepan masalah gangguan mental.

Disiarkan pada: May 2, 2018 @ 8:35am
d