global

Wanita diberi dadah, dirogol, kepala dipenggal

Oleh Agensi

NEW DELHI: Hajat seorang wanita yang datang ke India untuk menjalani rawatan penyakit kemurungan dialaminya, berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati dalam keadaan mengerikan.

Liga Skromane, 33, dipercayai diberi dadah, dirogol dan kepalanya dipenggal sebelum mayatnya ditemui tergantung dalam keadaan terbalik di dalam hutan bakau.

Menurut laporan Daily Mail, wanita itu datang ke Kerala bersama adiknya pada Februari lalu untuk menjalani rawatan di sebuah pusat rawatan tradisional India yang terkenal di negeri itu.

Dia dilaporkan hilang selepas keluar dari pusat rawatan berkenaan untuk berjalan-jalan di pantai sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan reput berhampiran sebuah hutan bakau di Thiruvallam pada 21 April lalu.

Jurucakap polis, Nazneen Bhasin berkata, polis menahan dua suspek yang mengaku memberi dadah kepada wanita itu sebelum merogol dan membunuh mangsa dengan kejam.

Disiarkan pada: May 5, 2018 @ 2:05am
d