global

Gempa bumi, lava landa Hawaii

Oleh Reuters

HAWAII: Gempa bumi berukuran enam magnitud melanda Big Island di sini, sebentar tadi, iaitu di selatan gunung berapi Kilauea yang memuntahkan aliran lava, sekali gus memaksa ribuan penduduk dipindahkan, semalam.

Terdahulu, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi berukuran 5.7 magnitud melanda kawasan yang sama, namun pada kedalaman tujuh kilometer dan pusat gegaran terletak 17.7 kilometer di timur laut Fern Forest.

Menurut USGS, letusan gunung berapi, iaitu antara lima gunung berapi yang terdapat di pulau itu berlaku susulan beberapa siri gempa bumi sejak minggu lalu.

Disiarkan pada: May 5, 2018 @ 11:42am
d