global

Nahas tak halang majlis diteruskan

Oleh Agensi

Brasilia: Seorang pengantin perempuan tetap meneruskan upacara perkahwinan seperti dirancang walaupun nyaris maut apabila helikopter yang membawanya ke majlis itu terhempas ketika mendarat di majlisnya.

Rakaman video menunjukkan helikopter terbabit terbakar di ladang anggur tempat majlis berlangsung di utara Sao Paulo, Brazil, Sabtu lalu sejurus terhempas ketika mendarat.

Badan penyiar Globo melaporkan, helikopter itu membawa empat orang termasuk juruterbang dan pengantin berkenaan apabila terhempas.

Jabatan bomba berkata, semua penumpang kecuali pengantin mengalami cedera ringan.

Menurut tetamu majlis, helikopter itu hilang kawalan sebelum terhempas ketika mendarat dan semua penumpang berjaya keluar sebelum ia terbakar.

Sementara itu, jurucakap tempat majlis itu diadakan memberitahu pengantin perempuan dan pasangannya memutuskan tetap meneruskan acara berkenaan.

Gambar diambil ketika upacara itu menunjukkan bangkai helikopter terbabit berada hanya beberapa meter dari tetamu yang duduk menyaksikan pasangan pengantin saling bertukar ikrar mereka.

Disiarkan pada: May 7, 2018 @ 9:44am
d