global

Pakai sopan sebelum masuk perpustakaan

Oleh AFP

LUSAKA: Sebuah universiti terkemuka di Zambia, meminta pelajar perempuan tidak mengunjungi perpustakaan dengan berpakaian ‘separuh bogel’, berpendapat ia mengganggu rakan lelaki mereka.

Notis yang ditampal di depan perpustakaan di Universiti Zambia, menggesa pelajar perempuan berpakaian ‘sopan’ ketika menggunakan kemudahan di universiti itu.

“Kami menyedari segelintir pelajar perempuan yang memakai pakaian separuh bogel ketika menggunakan kemudahan di universiti, keadaan yang akan mengganggu pelajar lelaki.

“Oleh itu kami menasihatkan pelajar perempuan berpakaian sopan ketika menggunakan kemudahan di universiti,” menurut nota itu.

Bagaimanapun, sebahagian pelajar tidak bersetuju dengan arahan baharu itu.

Disiarkan pada: May 8, 2018 @ 4:39am
d