global

Isteri, 3 kekasih pakat bunuh suami

Oleh Agensi

WANITA ditahan polis kerana membunuh suaminya dengan bantuan tiga kekasihnya sebelum mengerat mayat mangsa kepada tiga bahagian dan menyumbatnya ke dalam guni yang dibuang di tiga lokasi berbeza.

Times of India melaporkan, kejadian 1 April lalu di Goa itu terbongkar selepas seorang saksi memaklumkan polis mengenai pembunuhan berkenaan tiga hari lalu.

Mangsa, Basavraj Bariki, 38, tidak mempunyai keluarga di Goa menyebabkan kehilangannya tidak dilaporkan sesiapa.

Jurucakap polis Arvind Gawas berkata, isteri mangsa, Kalpana Bariki, 30, dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan tiga lelaki.

Perbuatan Kalpana itu dihidu suaminya menyebabkan mereka sering bertengkar. Selepas pertengkaran pada 1 April lalu, dia berpakat dengan semua kekasihnya untuk membunuh mangsa.

Times Now News melaporkan, Kalpana mencekik Basavraj menggunakan tali sementara tiga kekasihnya itu memegang mangsa. Selepas mangsa mati mereka mengerat mayat itu sebelum membuangnya di beberapa lokasi di Dudhsagar.

Disiarkan pada: May 10, 2018 @ 9:39pm
d