global

11 maut rusuhan penjara di Venezuela

Oleh AFP

RUSUHAN penjara di utara Venezuela mengakibatkan 11 orang terkorban dan 28 lagi cedera, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hari ini.

Rusuhan berlaku sehari menjelang pemilihan presiden di negara yang dilanda krisis itu.

“Rusuhan hari ini mengakibatkan 11 kematian termasuk dua pengawal dan sembilan banduan manakala 28 yang lain cedera,” kata Pengarah kumpulan hak asasi penjara, A Window on Freedom, Carlos Nieto.

NGO yang memetik kata-kata anggota keluarga mangsa menyebut sekumpulan banduan di bandar Irribarren bertindak merampas senapang daripada seorang pengawal sehingga mencetuskan insiden tembakan selama 20 minit.

Katanya, beberapa daripada mereka yang mati dan cedera akibat ditembak atau ditikam.

Disiarkan pada: May 19, 2018 @ 1:32am
d