global

Penangkis peluru berpandu

Oleh AFP

Tel Aviv: Israel membina pagar ‘jaring peluru berpandu’ unik bagi melindungi lapangan terbang barunya yang dikatakan mampu menangkis peluru berpandu bumi ke bumi.

Israel membina pagar sepanjang 34 kilometer di sempadannya dengan Jordan, bermula dari resort Laut Merah, Eliat, hingga ke lokasi lapangan terbang baru yang kini dalam pembinaan di Lembah Timna.

Pagar sempadan setinggi enam meter itu antara strategi Israel mengepung negara dengan tembok batu serta pagar, termasuk sempadannya dengan Mesir bagi menghalang serangan militan serta pendatang haram.

Sebahagian pagar berkenaan dibina untuk melindungi lapangan terbang barunya, Ramon, dengan pagar setinggi 26 meter bagi memintas roket serta peluru berpandu.

Lapangan terbang yang terletak kira-kira 19 kilometer ke utara Eilat itu dijangka mula beroperasi lewat 2018 atau awal 2019.

Disiarkan pada: May 21, 2018 @ 9:21am
d