global

MH17: Bukan peluru berpandu kami, kata Russia

Oleh AFP

RUSSIA hari ini menolak dakwaan satu siasatan antarabangsa bahawa peluru berpandu yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 pada 2014 milik negara itu.

Katanya, senjata sedemikian tidak pernah melintasi sempadan Russia dan Ukraine serta menyalah Kiev di atas tragedi itu.

“Tiada satu pun sistem peluru berpandu anti-pesawat Russia melintasi sempadan Russia dan Ukraine,” kata Kementerian Pertahanan Russia dalam satu kenyataan yang diterbitkan beberapa agensi berita tempatan.

Kementerian itu menuduh Ukraine bertanggungjawab terhadap tragedi yang mengorbankan 298 orang sambil berkata, ia sudah memberikan bukti yang menunjukkan pembabitan unit Ukraine dengan menggunakan peluru berpandu BUK yang direka Soviet.

Terdahulu, pasukan siasatan bersama yang diterajui Belanda untuk kali pertama mendakwa peluru berpandu yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat itu di ruang udara timur Ukraine berasal daripada sebuah briged tentera Russia.

Berita berkaitan:

MH17: Sah peluru berpandu tentera Russia

Disiarkan pada: May 24, 2018 @ 10:44pm
d