global

Tahanan Muslim Alaska berbuka daging babi

Oleh AFP

HAKIM persekutuan membenarkan arahan sekatan, semalam bagi memaksa pengawal penjara di Alaska berhenti memberi tahanan Islam makan daging babi ketika berbuka, kata jurukempen hak asasi.

Majlis Hubungan Islam Amerika (CAIR) memfailkan satu tuntutan mahkamah Selasa lalu, mendakwa Kompleks Pemulihan Anchorage melanggar larangan perlembagaan terhadap ‘hukuman kejam dan luar biasa.’

CAIR berkata, Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) di Alaska membenarkan permohonannya untuk satu arahan kecemasan sementara yang memerlukan pengawal menyediakan makanan mencukupi menurut peraturan kesihatan kerajaan.

“CAIR melaporkan satu peningkatan tidak dijangka sikap tiada toleransi menyasar Muslim AS dan anggota kumpulan minoriti lain sejak pemilihan Donald Trump sebagai Presiden,” kata pertubuhan berpusat di sini dalam satu kenyataan.

Umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadan ketika ini, dengan penduduk di Anchorage berpuasa selama 18 jam.

Tahanan yang berpuasa diberi catuan bersamaan 1,100 kalori sehari, menurut aduan, tidak mencukupi berbanding cadangan harian sekitar 2,500 kalori untuk lelaki.

Pakej itu mengandungi makanan daripada babi, menjurus nilai khasiat sebenar makanan itu langsung tidak mencukupi.

CAIR berkata, layanan itu bertentangan dengan Akta Penggunaan Agama dan Individu Berinstitusi dan melanggar hak Pindaan Pertama dan 14 terhadap perlindungan sama rata dan bebas menganut agama.

Tuntutan itu menuntut satu ‘diet seimbang berkhasiat’ untuk tahanan serta perubahan dasar dan pampasan serta punitif.

Pusat pemulihan Alaska itu bagaimanapun tidak memberi maklum balas. Umat Islam di AS menyambut Ramadan 16 Mei lalu dan berakhir sekitar 15 Jun.

Disiarkan pada: May 25, 2018 @ 4:52pm
d