global

MH17: Australia pun dakwa Russia bertanggungjawab

Oleh Reuters

BELANDA dan Australia, hari ini meletakkan tanggungjawab ke atas Russia bagi ‘peranannya’ dalam nahas membabitkan pesawat Malaysian Airlines pada 17 Julai 2014.

“Meletakkan tanggungjawab ke atas sebuah negara adalah proses undang-undang kompleks.

“Belanda dan Australia meminta Russia hari ini menyertai dialog dalam usaha mencari penyelesaian yang memberi keadilan kepada penderitaan besar dan kerosakan disebabkan kes tembak jatuh penerbangan MH17,” kata Kabinet.

MH17 ditembak jatuh di wilayah dikuasai pemberontak di Ukraine Timur pada 2014, mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal.

Russia menafikan sebarang pembabitan.

Penyiasat, semalam berkata peluru berpandu yang digunakan untuk menembak pesawat itu dibedil daripada pelancar peluru berpandu di Briged ke-53 Anti-Pesawat Russia, tetapi tidak menyebut siapa sebenarnya melepaskan tembakan itu.

Berita berkaitan:

Belanda dakwa Russia tembak MH17

MH17: Bukan peluru berpandu kami, kata Russia

MH17: Sah peluru berpandu tentera Russia

Senarai berita lain berhubung MH17

Disiarkan pada: May 25, 2018 @ 10:01pm
d