global

Sami terkemuka jual azimat palsu

Oleh AFP

Bangkok: Seorang sami Buddha kontroversi dilucutkan jawatan selepas dituduh menjual azimat menggunakan lambang diraja palsu.

Junta yang merampas kuasa pada 2014, sejak beberapa bulan lalu mengambil pendekatan lebih tegas terhadap sami berpengaruh susulan beberapa skandal kewangan besar.

Namun, penahanan Phra Buddha Issara mengejutkan orang ramai kerana dia dianggap projunta.

Komander Bahagian Penumpasan Jenayah, Mejar Jeneral Maitri Chimcherd, berkata, dia didakwa memalsukan pengiktirafan oleh mendiang Raja Bhumibol untuk ‘azimat suci; yang dijual dalam talian.

“Mahkamah menolak permohonan jaminannya,” kata Maitri dan menambah Issara turut dilucutkan jawatannya.

Kes itu terdedah susulan aduan pengumpul azimat yang mendapati laman web sami berkenaan menjual barangan kononnya disokong pihak istana.

Semakan mendapati tiada bukti menunjukkan izin rasmi istana untuk menggunakan lambang diraja.

Disiarkan pada: May 26, 2018 @ 3:18am
d